Pages

Mudahnya Memandu

 







*Penafian

 

 

Naskah ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum kepada pembaca. Anda mungkin perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda.. Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam naskah ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawap diatas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan naskah ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jika anda tiada motivasi untuk membaca dan belajar undang-undang atau anda tidak serius ketika mengambil kelas-kelas pemanduan dengan pengajar anda, buku ini tidak akan membantu.

 

 

Strategi yang disebut di dalam naskah ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.

 

 

Hak Cipta Terpelihara © 2021 Deen Musa

 

 

Versi Kemaskini 2021

 

 

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan e-book ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada pihak penulis. Kebanyakkan gambar digunakan adalah sekadar hiasan tiada kena mengena dengan artikel atau individu itu sendiri.

 




ISI KANDUNGAN

 

 

Pendahuluan (Penulis E-Book)                         4

 

Bab 1 : Asas kompenen Kenderaan                    5


Bab 2 : Syarat-Syarat Lesen Memandu                      6-7

 

Bab 3 : Syarat-Syarat Lesen Memandu (OKU)          8-9

 

Bab 4 : Jenis & kelas lesen memandu                      10-14

 

Bab 5 : Modul & Prosedur Lesen Memandu           15-17

 

Bab 6 : Carta Alir Lesen Memandu                               18

 

Bab 7 : Bagaimana Memilih Pengajar Memandu         19

 

Penutup                                                                       20-21





            BAB 1


 Asas Komponen

Kendalian Kenderaan 






1) STERENG

 

 

Bagaimanakah Cara Pegang Stereng Kereta dengan Betul?

 

 

Cara memegang stereng yang betul ialah merendahkan tangan pada kedudukan jam 9 dan 3


 









Sentiasa memegang stereng dengan kedua-dua tangan .

Kita hendaklah memandu dengan kedua-dua tangan memegang stereng untuk memastikan pautan

dan kawalan kita lebih stabil dan selamat jika berlaku sesuatu yang tidak diingini secara tiba-tiba. Berbanding sekiranya kita memegang stereng dengan satu tangan.Haluan kereta kita tidak stabil dan sangat tidak selamat jika kita tidak sempat mengawal stereng dengan pantas.

 

 

Anda mesti sentiasa bersedia menghadapi kecemasan. Anda mesti dapat mengarahkan kenderaan anda ke sebarang arah dalam apa jua keadaan.Ringkasnya, anda mestilah mengawal sepenuhnya kenderaan anda.







*Cara pegang stereng yang salah

Teknik yang sepatutnya anda gunakan adalah cara tolak-tarik atau push-pull (gambar bawah), iaitu menolak stereng ke atas menggunakan sebelah tangan ke arah haluan yang mahu dibelok, manakala tangan sebelah lagi menarik ke bawah, tanpa menyilang atau mengilaskan tangan.







Kenapa? Ia juga cara yang dibuat atas alasan keselamatan untuk mengelakkan kecederaan sekiranya beg udara mengembung akibat kemalangan. Lagipun kebanyakan kereta moden hari ini sudah menggunakan sistem stereng kuasa sama ada daripada jenis hidraulik atau elektrik. Jadi, kerja memusing roda stereng tidak sesukar ketika memandu kereta lama tanpa stereng kuasa.


Video




Perhatian :

Ketika sesi ujian praktikal JPJ, Pastikan anda menggunakan teknik tolak dan tarik ini dan anda dianggap memandu secara merbahaya sekiranya anda memandu dengan menggunakan sebelah tangan atau melepaskan stereng untuk kembali lurus selepas membelok. Peluang untuk kandas gagal sangat tinggi!





2. Padel Clutch / Klac

 

FUNGSI (TEKNIKAL)


Secara ringkasnya untuk lebih memahami , klac berfungsi untuk menghubungkan dan memutuskan penghantaran kuasa dari engin ke tayar.

(kedudukan klac adalah terletak diantara engin dan kotak gear).

 

 

FUNGSI (SECARA PRAKTIKAL/AMALAN/PRINSIP)


1. Untuk menukar kedudukan gear sama ada dalam keadaan enjin hidup/mati, bergerak/berhenti.

2. Untuk berhenti atau hendak terberhenti ditekan bersama-sama brek untuk mengelakkan enjin mati.

3. Untuk mengawal pergerakan perlahan (di bawah 15km/j) ketika mengunakan gear 1 atau undur. contohnya dalam keadaan jem, memarkir atau olahgerak 3 penjuru, selekoh S dan Z, *klac diangkat sekadar kenderaan mula bergerak, klac ditekan semula untuk kembali perlahan.

 

* Klac perlu diangkat sepenuhnya untuk menambah kelajuan sebelum pedal minyak ditekan.


 

KLAC DILARANG SAMA SEKALI DIGUNAKAN JIKA:


1. Mengambil selekoh tajam - penukaran gear ke rendah adalah sebelum selekoh. Gear rendah berfungsi sebagai brek.

2. Menurun bukit - Penukaran gear rendah sebelum menurun, Gear rendah berfungsi sebagai brek, kurangkan penggunan brek.

3. Dalam kelajuan tinggi - Kehilangan beban boleh menyebabkan kenderaan ringan dan sukar dikawal.

 

TEKNIK MENGAWAL KLAC


1. Kedudukan tapak kaki sebaris dengan padel klac.

2. Pastikan tumit di lantai dan hanya bahagian antara jari kaki dan tapak kaki bersentuhan padel.

3. Cara menekan. Tolak padel dengan tumit diseretkan dilantai. *Tumit jangan diangkat.

4. Cara Melepaskan. Jongkitkan tapak kaki dengan tumit tetap tidak berganjak dari lantai. biarkan padel mengelongsor di tapak kaki.

5. Tahan tapak kaki dengan menekan tumit ke lantai bila kenderaan mula bergerak.. jangan terus dilepaskan.

6. Tekan semula klac sekiranya ingin perlahan semula...

7. teruskan angkat klac sekiranya ingin meneruskan kelajuan tanpa tumit terangkat dari lantai.

8. kawal pergerakan tapak kaki mengunakan buku lali, bukan lutut. 9. Alihkan kaki dari padel hanya sebaik jongkitan tapak kaki sudah terlepas dari padel.

10. Ingat.. Tumit dan buku lali adalah kunci untuk kawalan klac yang lebih baik. Lagi tinggi klac di angkat lagi laju pergerakkan kereta.




Cara hendak mengelakkan dari enjin mati.

 

 

Memulakan perjalanan

-    Jangan angkat pedal clutch secara mengejut , angkat pelahan-lahan sehingga kereta bergerak sedikit dan kemudian tahan . Pastikan kelajuan kereta anda telah stabil barulah pedal clutch dilepaskan sehingga habis.

 

 

Ketika kenderaan perlahan

-   Jika hendak berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga meter turun dibawah 30km, tekan pedal clucth dulu baru tekan pedal brek.

Untuk mengelakkan anda kelam kabut kerana kurang mahir.

 

 

Ketika berhenti.

-    Bila hendak berhenti pastikan tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan baru tekan pedal brek. Sebelum mengangkat kedua-dua kaki, anda wajib pastikan

gear dalam keadaan bebas dahulu dan tarik brek tangan.


 


3. Padel Brek




 

Brek adalah satu komponen kenderaan yang ada kalanya kurang diberi perhatian oleh pemandu. Ia berfungsi untuk mengawal, memperlahankan dan memberhentikan kenderaan ketika memandu di atas jalan raya.

 

 

Komponen ini amat penting untuk diselenggara bagi memastikan keberkesanannya pada situasi kecemasan yang tidak diduga. Sebagai pemandu kenderaan adalah penting bagi anda untuk mengetahui fungsi asas dan penjagaan sistem brek kenderaan supaya anda tidak mengalami sebarang kesukaran ketika memandu.



Fungsi Brek Kenderaan

 

 

Tahukah anda terdapat dua jenis brek digunakan pada kenderaan anda?

 

Kebanyakan kenderaan moden kini menggunakan gabungan brek cakera pada roda depan manakala brek gelendong digunakan pada roda belakang. Namun, masih terdapat pengeluar kenderaan yang menggunakan brek cakera pada kedua-dua bahagian roda. Oleh itu, penggunaan jenis brek bergantung pada jenis kenderaan anda.

 

 

Brek cakera.

 

Brek cakera yang juga dikenali sebagai ‘disc brake’ adalah cakera berbentuk bulat yang berpusing dengan roda untuk melambatkan putaran roda apabila anda membrek kenderaan. Sepasang pelapik brek akan mencengkamkan set pad brek pada cakera supaya anda dapat menghentikan cakera yang berpusing tersebut. Brek jenis ini mempunyai kebolehan penghentian dan pelepasan haba tinggi daripada brek lain.



Brek gelendong

 

Brek gelendong atau lebih dikenali sebagai ‘drum brake’ merupakan sejenis brek yang mewujudkan geseran berpunca daripada kasut brek yang menekan permukaan dalaman gelendong berputar. Apabila anda menekan pedal brek, tekanan cecair dalam sistem meningkat dan memberi tekanan pada omboh silinder.

 

Dengan wujudnya daya geseran antara pad dan drum ia akan memperlahankan kelajuan roda kereta serta memberhentikannya. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai brek parkir kerana ia mengunci tayar apabila kenderaan berada dalam keadaan tidak bergerak.





Tips Penjagaan Brek

 

Memandu kenderaan dengan sistem brek yang rosak akan meningkatkan peluang berlakunya kemalangan jalan raya. Kenderaan anda biasanya akan memberi beberapa tanda awal sekiranya ia mempunyai sebarang masalah atau kerosakan. Oleh itu, bagi meningkatkan jangka hayat brek kenderaan, anda perlu sentiasa menjaga cara anda membrek kenderaan seperti berikut:

 

 

1) Elakkan brek mengejut


Brek mengejut akan menghasilkan banyak haba ketika anda menekan brek. Penghasilan haba tinggi akan cepat menipiskan atau menghauskan pad brek serta berpotensi untuk menyebabkan kemalangan langgar belakang. Anda perlu memijak pedal brek dengan perlahan sebaik anda melihat kenderaan di depan memperlahankan kenderaan atau sentiasa membrek.

 

 

 

 

2) Brek secara cermat


Pastikan anda sentiasa brek secara cermat dengan menggunakan daya sederhana semasa menekan brek. Ia juga menjimatkan minyak dan tayar brek serta suspensi kenderaan bertahan lama. Elakkan tabiat mengikut kenderaan hadapan secara rapat kerana ia meningkatkan kecenderungan membrek secara kuat hingga pijak pedal brek sampai cecah lantai.


 



 

3) Elakkan memecut

Ramai masih mengamalkan tabiat memecut ketika lampu trafik bewarna kuning. Perkara ini perlu dielakkan kerana ia cepat menghauskan brek serta meningkatkan kemalangan dan menyebabkan pemandu berada dalam keadaan cemas.

 

 

4) Jaga jarak kaki dengan pedal brek

Sentiasa pastikan jarak kaki anda dengan pedal brek dekat supaya dapat mengelakkan situasi hilang pedal brek apabila anda ingin membrek di situasi kecemasan.





4. Pedal Minyak

 

Menggunakan pedal minyak semasa memandu adalah aspek penting untuk mengawal kelajuan kereta. Berikut adalah beberapa tips untuk menggunakan pedal minyak dengan betul:

1. Posisi Kaki:

  • Letakkan kaki kanan di atas pedal minyak dan pastikan kaki kiri bebas untuk pedal clutch (untuk kereta manual).

2. Pijak dengan Perlahan:

  • Apabila anda ingin mempercepatkan kelajuan, tekan pedal minyak dengan perlahan. Ini membantu mengelakkan kereta meluncur dengan terlalu cepat, terutamanya semasa permulaan.

3. Kawal Kelajuan:

  • Gunakan pedal minyak untuk mengekalkan kelajuan yang anda inginkan. Untuk kelajuan yang lebih tinggi, anda boleh memijak pedal dengan lebih dalam, tetapi pastikan untuk melakukannya secara perlahan dan lancar.

4. Lepaskan Perlahan:

  • Apabila anda ingin mengurangkan kelajuan, lepaskan pedal minyak perlahan-lahan. Ini membolehkan kereta berhenti dengan lebih lancar.

5. Perhatikan Jalan:

  • Sentiasa perhatikan keadaan jalan dan kelajuan kereta anda. Sesuaikan penggunaan pedal minyak berdasarkan trafik dan keadaan cuaca.

 

Fungsi utama padel minyak adalah untuk menambah Kelajuan kereta.


Video






5. Kotak Gear

 

Kotak gear terutamanya merujuk kepada kotak gear kereta. Ia dibahagikan kepada manual dan automatik.

 

Kotak gear manual kebanyakannya terdiri daripada gear dan aci. Tayar beralih gear dihasilkan oleh kombinasi gear yang berbeza.

 

Kotak gear automatik AT diubah oleh daya hidraulik. Tork, gear planet, sistem padang pembolehubah hidraulik dan sistem kawalan

hidraulik. Tayar laju berubah-ubah dicapai dengan cara penghantaran hidraulik dan kombinasi gear.


Kotak gear adalah bahagian yang sangat penting dalam kenderaan, yang boleh mengubah nisbah gear dan meningkatkan tork dan kelajuan roda kereta.

Dengan perkembangan teknologi moden, kotak gear juga telah dinaik taraf. Dari transmisi manual yang asal kepada transmisi pembolehubah kini yang berterusan, dari tiada penyelaras untuk mempunyai penyegerer, kawalannya lebih dan lebih

mudah. Kotak gear diperlukan untuk menyelesaikan percanggahan ini. Prestasi kotak gear adalah kunci untuk mengukur dinamik, ekonomi dan daya dukung jentera pembinaan. Sistem peralihan semasa kebanyakannya termasuk: penghantaran mekanikal, penghantaran hidraulik, dan penghantaran hidrostatik. Kotak gear mempunyai peralihan manual dan peralihan kuasa, dan struktur paksi tetap dan planet.


 

Fungsi:

 

 

(1) Tukar nisbah penghantaran, memperluaskan pelbagai variasi tork roda pemacu dan kelajuan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan memandu yang sentiasa berubah, dan pada masa yang sama membuat kerja enjin di bawah keadaan yang menggalakkan penggunaan tenaga yang tinggi dan penggunaan bahan api yang rendah;

 

 

(2) Kenderaan boleh didorong ke belakang sementara enjin berputar ke arah yang sama;

 

 

(3) Menggunakan gear neutral, mengganggu penghantaran kuasa, membolehkan enjin memulakan, beralih, dan memudahkan pemindahan peralihan atau output kuasa.

 

 

(4) Transmisi ini terdiri daripada mekanisme transmisi yang beralih dan mekanisme operasi, dan pembuangan kuasa boleh ditambah apabila

perlu. Terdapat dua cara untuk mengklasifikasikan: mengikut perubahan nisbah penghantaran dan perbezaan mod manipulasi.






Video





6. Brek Tangan

 

Cara Menggunakan Brek Tangan


Brek tangan - juga dipanggil brek kecemasan - bertujuan untuk menghentikan kereta supaya tidak bergerak dikawasan berbukit.

 

Walaupun sebilangan orang hanya menggunakan brek tangan ketika meletak kenderaan di bukit, banyak pakar mengatakan yang terbaik adalah mengatur brek tangan anda setiap kali anda diparking.


 




 

Menarik Brek Tangan


Langkah 1

 

Untuk Tranmisi Automatik


Letakkan gear kereta anda di "park" dengan menarik tuas ke kedudukan yang betul. Di kebanyakan kereta, tetapan tuas ditunjukkan dengan tanda "P.“

 

 

Untuk Transmisi Manual


Bagi orang yang memandu transmisi manual, yang terbaik adalah meletakkan kereta anda pada gear “BEBAS” ketika letak kenderaan menghadap ke atas, dan sebaliknya ketika menghadap ke bawah. Posisikan roda kereta anda supaya kereta berpusing ke arah tepi dan bukannya ke arah lalu lintas sekiranya brek anda gagal.

 

Langkah 2


Jaga kaki anda pada brek biasa semasa anda mengatur rem dengan menarik tuas brek tangan di konsol tengah kereta anda. Menjaga kaki anda pada brek biasa semasa mengatur brek tangan mengurangkan ketegangan yang diletakkan di atas tempat letak kenderaan anda.

Matikan enjin kereta anda dan keluarkan kunci dari pencucuhan.



Melepaskan Brek Tangan

 

 

Langkah 1


Hidupkan kereta anda dan pasangkan kereta anda. Jaga kaki anda pada brek biasa anda.

 

 

Langkah 2


Tekan tuas brek tangan ke bawah.

Angkat kaki dari brek. Sekarang anda sudah bersedia untuk memandu.

 

Petua


Beberapa kereta tidak mempunyai brek tangan; sebaliknya, brek kecemasan terletak di lantai di sebelah pintu pemandu, dan dipasangkan dengan menekan brek dengan kaki kiri anda.

 

Menggunakan brek tangan ketika diparkir di permukaan rata dapat membantu menjaga keselamatan kereta anda sekiranya kereta anda dilanggar oleh kereta lain. Semakin banyak anda menggunakan brek tangan anda, semakin kecil kemungkinan brek tangan terkunci semasa anda sangat memerlukannya.

 

Amaran


Sekiranya anda lupa melepaskan brek tangan anda sebelum memandu, anda boleh merosakkan brek tangan dan kereta anda.

Berhati-hati agar tidak terlalu kuat pada tuas semasa mengatur brek tangan; ini boleh merosakkan penghantaran anda.


Video






Bab 2 

ASAS MEMANDU
KERETA MANUAL


Cara memandu kereta manual


Memandu sebuah kereta boleh menjadi sangat menyeronokkan, dan juga menjadi sangat mencabar. Buat anda yang belum pernah cuba memandu kereta, anda diwajibkan untuk mengambil lesen memandu kerana memandu kereta bukanlah semudah yang anda sangka.


Memandu kereta memerlukan kepakaran dan kesabaran yang tinggi, lebih-lebih lagi untuk mengendalikan kereta yang menggunakan gear manual (kereta manual).


Ada yang mengatakan ia mudah, dan ada juga yang menyatakan sebaliknya. Akan tetapi, bagaimanakah caranya?


Mungkin anda yang sudah mempunyai lesen tetapi masih belum boleh memandu tertanya-tanya, bagaimana sebenarnya nak memandu kereta manual ini dengan mudah?


Jom Kita Mula


Sebelum anda memandu , anda harus memahami terlebih dahulu bagaimana sesebuah kereta itu dapat di kendalikan. Bagaimana kereta ini boleh bergerak? siapa yang menggerakkan kereta itu? Kereta itu bergerak sendiri atau anda yang gerakkan kereta itu.


“YA BETUL” sudah pasti anda yang mengerakkan kereta itu. Anda yang mengawal kereta itu. Bukan kereta itu yang mengawal anda.


Bab sebelum ini anda telah mempelajari tentang asas komponen kenderaan . Betul? Jadi anda mesti faham komponen asas yang mana sebenarnya yang mengerakkan kereta itu.


CLUTCH merupakan komponen asas terpenting untuk mengerakkan kereta manual . Anda mesti sedaya upaya memahami bagaimana untuk mengawal clutch ini.


LANGKAH 1

Asas Menggerakkan Kenderaan

Untuk memudahkan anda memahami ,saya bahagikan kepada beberapa langkah asas yang perlu anda praktikkan dalam latihan memandu ini. Anda MESTI memahami setiap langkah sebelum mempraktikan langkah seterusnya. Anda dinasihatkan untuk mencari kawasan yang lapang dan tidak sibuk untuk berlatih memandu.

 

Langkah 1 (Asas Terpenting)

(Asas mengerakkan dan menghentikan kenderaan).


Latihan Pergerakkan Kehadapan

Dan Berhenti


1) Pastikangear kereta anda berada dalam keadaan bebas. (rujuk muka surat 24) kena edit lagi

2) Tekan clutch mengunakan kaki kiri (rujuk muka surat 11) dan hidupkan enjin kereta.(rujuk muka surat 28)

3) Lepaskan brek tangan. (rujuk muka surat 25)

4) Tekan clutch sekali lagi dengan menggunakan kaki kiri hingga jejak ke lantai kemudian masukkan gear 1 dengan cermat dan betul mengikut alir gearbox.

(rujuk muka surat 24)

5) Angkat atau lepaskan clutch secara perlahan-lahan hingga terasa "bite point" (titik di mana kereta mula bergerak) dan bukan secara mengejut sehingga kereta bergerak. Anda mulakan dengan pergerakkan perlahan terlebih dahulu.

 

 

Ingat : Lagi tinggi anda angkat clucth itu lagi laju kereta anda bergerak. Jika anda hendak bergerak

perlahan, angkat sedikit sahaja clutch itu. Ulang langkah ini sehingga anda betul-betul faham

cara mengendalikan clutch.

6) Kenderaan anda akan mula bergerak ke hadapan secara perlahan.

7) Untuk menghentikan kereta itu anda perlu menekan padel clutch terlebih dahulu kemudian tekan padal brek dengan menggunakan kaki kanan perlahan-lahan sehingga kereta berhenti (rujuk

muka surat 14) Edit lagi

8) Anda praktikkan untuk jarak 100 meter sahaja dahulu tanpa menekan padel minyak.

 

Latihan Pergerakkan Mengundur Dan Berhenti

 

1) Tekan clutch sekali lagi dengan menggunakan kaki kiri hingga jejak kelantai kemudian masukkan gear R

dengan cermat dan betul mengikut alir gearbox. (rujuk muka surat 24)

2) Angkat atau lepaskan clutch secara perlahan-lahan dan bukan secara mengejut sehingga kereta bergerak. Anda mulakan dengan pergerakkan perlahan terlebih dahulu.


Ingat : Lagi tinggi anda angkat clucth itu lagi laju kereta anda bergerak. Jika anda hendak bergerak perlahan angkat sedikit sahaja clutch itu. Ulang langkah ini sehingga anda betul-betul faham cara mengendalikan clutch.


3) Kenderaan anda akan mula bergerak ke belakang secara perlahan.

4) Untuk menghentikan kereta itu anda perlu menekan padel clutch terlebih dahulu kemudian tekan padal brek dengan menggunakan kaki kanan perlahan-lahan sehingga kereta berhenti (rujuk

muka surat 14) Edit lagi

5) Anda praktikkan untuk jarak 100 meter sahaja dahulu tanpa menekan padel minyak.